Monday, August 31, 2009

Nota Ringkas : Kerajaan Agraria

A. MAKSUD

§ Berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai

B. LOKASI

§ Lokasi – lembah sungai – pedalaman – kawas berbukit

C. CONTOH

§ Kerajaan Dvaravati

§ Kerajaan Sungai Merah

§ Kerajaan Sungai Mekong

§ Kerajaan Taruma

§ Kerajaan Sailendra (Jawa Tengah)

§ Kerajaan Angkor

§ Kerajaan Sukhotai

§ Kerajaan Funan

D. KEGIATAN EKONOMI

§ Pertanian – tanaman utama padi sawah

§ Padi huma (kwas tanah tinggi)- dibuat teras dan relung

§ Tanaman sampingan – jagung, pisang, keledek dan sayur2an

§ Menghasilkan pelbagai jenis rempah. Cth – cengkih dan lada hitam

§ Mengumpul hasil hutan – kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, & pelbagai jenis buah.

§ Mengambil sarang burung

§ Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai

§ Mendapatkan kulit kura-kura

§ Menternak binatang – lembu, kerbau, kambing, ayam

§ Lebihan pertanian dan penternakan dijual kepada kerajaan maritim

E. FAKTOR KEMAJUAN

§ Tanah subur – lembah sungai

§ Sistem pengairan yang baik – raja sendiri terlibat dalam pembinaan

§ Cth – Raja Indravarman I membina sistem pengairan dan baray – mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta hektar

§ Kerajaan yang kuat – Cth : kerajaan Angkor

§ Kedudukan berhampira tasik Tonle Sap

§ Iklim panas lembab sepanjang tahun – sesuai untuk penanaman padi

F. KEPENTINGAN TASIK TONLE SAP

§ Membekalkan sumber ikan air tawar

§ Mengairi sawah

§ Punca bekalan air minum

§ Berupaya menampungkeperluan makanan penduduk yang besar

Bahasa Melayu SPM

Soalan Novel Percubaan SPM Negeri 

Soalan 4 : Novel [ 15 markah] 

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:  
(i)           Terminal Tiga karya Othman Puteh 
(ii)           Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj Yusof 
(iii)          Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said 
(iv)          Bukit Kepong karya Ismail Johari 
(v)           Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain 
(vi)          Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah 
(vii)         Julia karya Abu Hassan Morad 
(viii)        Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad   

Percubaan Negeri Johor   
(a)   Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua latar masa yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]   
(b)   Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa pada permulaan setiap novel itu yang mendorong anda untuk terus membaca novel berkenaan sehingga tamat. [8 markah]     

Percubaan Kuching   
(a)   Unsur saspens dapat memikat pembaca untuk terus membaca novel itu.  Jelaskan dua peristiwa yang memaparkan unsur saspens  dalam novel yang  telah anda pelajari. [7 markah]   
(b)    Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan nilai kebijaksanaan yang dimiliki oleh watak utama daripada setiap novel tersebut.  [8markah]     

Percubaan Petaling Perdana   
(a)   Nyatakan tiga latar masa dan peristiwa yang berlaku dalam sebuah novel yang anda kaji [7 markah]   
(b)    Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, nyatakan watak sampingan yang mempunyai kaitan yang rapat dengan watak utama.                 Huraikan perwatakan sampingan yang anda kaji itu. [8 markah]   

Percubaan Melaka
  
(a)    Huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel yang anda kaji [7 markah]   
(b)    Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah]     

Percubaan MRSM 
  
(a)   Terdapat pelbagai peristiwa yang menimbulkan keinsafan dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang menimbulkan keinsafan dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat demikian. [7 markah]   
(b)           Watak antagonis atau watak jahat turut memainkan peranan penting untuk menghidupkan jalan cerita dalam sesebuah novel.                   Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu perwatakan watak antagonis dalam setiap novel itu. [8 markah]     

Percubaan Pahang   
(a)   Pengarang sering kali mengetengahkan persoalan kepincangan masyarakat dalam sesebuah novel. Huraikan dua kepincangan masyarakat yang terdapat dalam sesebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]   
(b)  Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan dua latar mesyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]     

Percubaan Terengganu   
(a)  Pemerian yang dibuat oleh pengarang melalui sebuah novel adalah secara umum menggambarkan corak kehidupan sesuatu kelompok manusia yang mendasari cerita. Nyatakan tiga bukti hakikat hidup bermasyarakat dalam novel yang anda pelajari. [7 markah]   
(b)  Teknik plot ialah teknik penceritaan oleh pengarang mengenai watak-watak. Jelaskan dua teknik imbas kembali daripada dua novel yang anda kaji. [8 markah]   

Percubaan Sekolah Berasrama Penuh   
(a)  Terdapat pelbagai teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam sesebuah novel.   Huraikan dua teknik plot yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. [7 markah]   
(b)  Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masa yang dapat dikaitkan dengan peristiwa penting dalam setiap novel tersebut. [8 markah]     

Percubaan Perak   
(a)   Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai kebijaksanaan. [7 markah]   
(b)   Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat daripada setiap novel tersebut. [8 markah]

Sejarah SPM

TINGKATAN 4

 

LEMBAH SUNGAI SEBAGAI LOKASI PERTEMPATAN

 

Nyatakan  dua faktor Lembah Sungai Nil menjadi lokasi petempatan awal

 

  1. kesuburan tanah untuk pertanian
  2. kemudahan mendapat bekalan air/makanan
  3. kemudahan pengangkutan/perhubungan

 

SISTEM PENDIDIKAN MESIR

 

Mengapakah sistem pendidikan Mesir turut menekankan penguasaan ilmu geometri, matematik dan sains ?        

 

  1. Mengurus hal ehwal pertanian
  2. Mengawal air Sungai Nil
  3. Membina bangunan/pyramid

 

SUMBANGAN TAMADUN MESIR

 

Jelaskan dua sumbangan Imhotep kepada tamadun Mesir Purba.

 

  1. Saintis/ahli fizik/arkitek
  2. Penasihat Firaun
  3. Perkenalkan teknik pembinaan dari batu bata
  4. Pengamal perubatan
  5. Pengarang sastera
  6. Membina piramid

 

Pada pendapat anda, mengapakah piramid dianggap sebagai warisan penting tamadun Mesir?

 

  1. Gambaran pencapaian agung raja/firaun/bangsa
  2. Kehebatan senibina
  3. 7 benda ajaib dunia
  4. Ketinggian budaya/tamadun
  5. Penguasaan ilmu matematik/fizik/geometri/sains

 

KEPERCAYAAN HIDUP SELEPAS MATI ORANG MESIR

 

Apakah bukti yang menunjukkan masyarakat Mesir Purba percaya kepada kehidupan selepas mati.                  

 

             i.        mayat disimpan

           ii.        dijaga dengan teliti

         iii.        makam mayat dipenuhi peralatan/keperluan hidup selepas  mati

          iv.        mayat diiring barang/kelengkapan harian ditanam  bersamanya

 


BENTUK PEMERINTAHAN DI ATHENS

 

Apakah bentuk pemerintahan yang diamalkan di Athens sebelum demokrasi diperkenalkan?

 

             i.        Oligarki

           ii.        Kuasa pemerintah di tangan beberapa konsol

         iii.        Aristokrasi

          iv.        Dari konsol lahir aristokrat

            v.        Memiliki kuasa yang besar

          vi.        Tirani

         vii.        Pemerintrah yang zalim

       viii.        Kuasa digunakan sewenang-wenang

          ix.        Diktator

            x.        Pemerintah berkuasa mutlak/tidak terhad

 

Nyatakan ciri-ciri demokrasi  yang diperkenalkan di Athens.       

 

             i.        Terdapat Dewan Perhimpunan

           ii.        Warganegara lelaki berpeluang menganggotai Dewan  Perhimpunan

         iii.        Tempoh 6 bulan – 1 tahun

          iv.        Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali sebulan

            v.        Ahli Dewan Perhimpunan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar Kerajaan

          vi.        Keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis

         vii.        Ahli majlis,juri,megistret dilantik oleh Dewan

       viii.        Dewan berkuasa ke atas ketiga-tiganya

          ix.        Berbentuk penyertaan langsung

            x.        Warganegara lelaki terlibat dalam membentuk kerajaan melalui undian

 

Buktikan amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia lebih baik daripada yang diamalkan di Athens.

        

             i.        Berasaskan kedaulatan rakyat

           ii.        Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan

         iii.        Raja Melayu/ketua negara menjadi lambang taat setia rakyat

          iv.        Rakyat berpeluang membentuk kerajaan

            v.        Adanya pilihanraya

          vi.        Kewujudan parti-parti politik

         vii.        Semua rakyat lelaki/perempuan bebas memilih wakil melalui pilihanraya

       viii.        Rakyat berhak menyokong /mengekal/menukar kerajaan

          ix.        Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil/sejahtera

            x.        Perlembagaan menjadi garis panduan

          xi.        Kebebasan asasi

        xii.        Wujud sistem Raja Berperlembagaan

       xiii.        Terdapat Dewan Rakyat dan Dewan Negara

 


TAMADUN ISLAM

 

Sungguhpun peperangan berlaku, namun Agama Islam tidak berkembang dengan paksaan malah perkembangannya adalah secara sukarela dan toleransi.

Nyatakan bukti-bukti untuk menyokong pernyataan di atas. 

 

             i.        Walaupun  pihak Islam menang, Nabi mengampunkan tawanan orang Quraisy

           ii.        Tawanan wanita/kanak-kanak dibebaskan

         iii.        Tawanan lelaki diberi syarat mengajar 10 kanak-kanak Islam membaca/menulis hingga pandai

          iv.        Tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati

            v.        Tentera Islam di larang merosakkan tanaman

          vi.        Selepas Perang Badar bilangan orang Arab memelok Islam semakin ramai

         vii.        Islam menganjurkan perdamaian seandainya musuh ingin berdamai

       viii.        Dakwah Islam dilakukan secara bijaksana melalui nasihat

          ix.        Perperangan antara orang Islam Madinah dan orang Arab Quraisy ialah untuk mempertahankan maruah agama/Negara

            x.        Orang Islam berperang apabila diserang musuh

          xi.        Supaya tempat ibadat terjaga dari unsur jahiliah

        xii.        Perang dalam Islam untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri

       xiii.        Nabi menghantar utusan ke Rom/ Timur/ Parsi/ Mesir/ Habshah/ Sekitar Tanah Arab

        xiv.        Nabi tidak memaksa

         xv.        Tunjukkan nilai-nilai baik/ diplomasi

        xvi.        Menyeru mereka memeluk Islam melalui warkah

 

Apakah faktor-faktor yang mendorong  Nabi Muhammad s.a.w membuka KotaMakkah?      

 

             i.        Tindakan orang Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiah

           ii.        Tidak hormat hak kebebasan yang telah dipersetujui

         iii.        Membunuh beberapa orang Bani Quzaah

          iv.        Strategi jangka panajang untuk meneruskan penyebaran Islam

            v.        Jika menguasai Mekah Kerajaan Islam Madinah menjadi mantap

          vi.        Pembesar Quraisy /Al Abbas/Abu Suffian mengambil keputusan memeluk Islam

         vii.        Semangat ketakwaan /keyakinan  tentera Islam

 

Jelaskan kepentingan pembukaan semula Kota Makkah.    

        

             i.        Kaabah terpelihara daripada unsur  jahiliah

           ii.        Agama menyembah berhala masyarakat jahiliah dihapuskan

         iii.        Diganti dengan Islam

          iv.        Masyarakat Islam mula mendalam ilmu pengetahuan Islam

            v.        Kota Mekah menjadi kota suci umat Islam

          vi.        Mekah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk beribadat

         vii.        Membuktikan Negara Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad begitu kukuh

       viii.        Pembuka jalan kearah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab

          ix.        Dakwah Islam tersebar secara aman/sukarela/tanpa paksaan

            x.        Mewujudkan pusat pemerintahan yang kuat

 


IMIGRAN CINA DAN INDIA

 

Berikan tiga faktor yang menarik imigran dari China dan India berhijrah ke Tanah Melayu.

 

  1. Terdapat perusahaan getah / bijih timah
  2. Kemakmuran ekonomi
  3. Kestabilan politik
  4. Dasar penjajah British / galakan British
  5. faktor penolak dari Negara asal / kemiskinan / politik tidak
  6. stabil / bencana
  7. Tiada tentangan daripada orang Melayu
  8. Wujud hubungan tradisi alam
  9. Banyak peluang pekerjaan

 

Nyatakan aktiviti ekonomi imigran di bawah:

 

China

 

                   i.            Perniagaan / perdagangan

                 ii.            Pertanian / gambir / lada hitam

                iii.            Perlombongan

 

India

 

                   i.            Penoreh getah / bekerja di ladang getah

                 ii.            Buruh / sektor awam

 

SISTEM KONTRAK DAN KANGANI

 

Mengapakah sistem kontrak digantikan dengan sistem kangani?

 

                   i.            Berlaku pemerasan

                 ii.            Berlaku perhambaan

                iii.            Berlaku penindasan

 

CARA KEMASUKAN IMIGRAN

 

Berikan dua cara kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu.

 

                   i.            Sistem tiket kredit

                 ii.            Sistem pengambilan kakitangan

                iii.            Sistem pengambilan rumah kongsi

                 iv.            Kemasukan secara berkumpulan

                  v.            Tajaan oleh Charles Brooke

 

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK – KESAN

 

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu?

 

     i.        Pendidikan bercorak kebangsaan / sekolah kebangsaan

   ii.        Penggunaan bahasa kebangsaan

 iii.        Melibatkan semua kaum dalam semua bidang ekonomi

  iv.        Pengagihan sumber ekonomi secara adil

    v.        Penempatan semula penduduk

  vi.        Pendidikan tentang pentingnya perpaduan kaum

 

TINGKATAN LIMA

 

NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

 

Huraikan sebab-sebab  penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan

 

F1.     Disebabkan oleh dasar penaklukan British

             i.        Dasar yang bertujuan mengukuhkan kedudukan politik British

           ii.        Cuba menguasai Naning setelah mendapat Melaka

 

F2    Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan

           i.          British berhasrat untuk menguasai ekonomi tempatan

         ii.          Melalui perjanjian dengan pemimpin tempatan

        iii.          Saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan

         iv.          Menjalankan perlombongan/perdagangan

 

F3.     British memaksakan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan

           i.          British telah memperkenalkan sistem cukai/undang Undang/peraturan tanah.

         ii.          Di Terengganu, British telah menetapkan bahawa setiap Tanah yang hendak dibuka perlu keizinan British

 

F4.     Campur tangan British dalam Adat Resam Tempatan

         i.            British memaksa menerima nilai-nilai British

        ii.            Yang bertentangan dengan budaya masyarakat  

      iii.            tempatan

       iv.            J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam  masyarakat Melayu/ amalan menggunakan Orang suruhan

 

F5.     Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh

           i.            Terhadap kawasan / anak buah

         ii.            Pemimpin tempatan tidak puas hati

        iii.            Kesulitan penduduk tempatan

         iv.            Akibat perlaksanaan undang-undang British

          v.            Mereka menyokong pemimpin-pemimpin tempatan

 

Galurkan rentetan peristiwa penentangan orang-orang Melayu di Perak terhadapBritish.   

 

         i.            Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah/Dato’ Maharaja Lela/pembesar Melayu terhadap campur tangan British

        ii.            Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak

      iii.            Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan Pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang

       iv.            Sultan Abdullah bermesyuarat dengan Dato’ Maharaja Lela dan pembesar lain di Belanja

         v.            Dato’ Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggung jawab membunuh J.W.W.Birch

       vi.            Dato’ Maharaja Lela melakukan penentangan terhadap British

     vii.            Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British

    viii.            Mat Arshad, orang suruhan British telah dibunuh oleh penduduk tempatan

       ix.            Pembunuhan J.W.W.Birch olehSeputum,Pandak Lam

        x.            Pembunuhan diarah oleh Dato’ Maharaja Lela

       xi.            Pihak British dengan 500 orang tebtera menyerang Pasir Salak

     xii.            Dato’ Maharaja Lela dan Dato sagor melarikan diri ke Kota Lama

   xiii.            Perbicaraan diadakan di Matang, Perak

    xiv.            hakimnya ialah Raja Idris

      xv.            Penasihat perbicaraan ialah Frank Swetteham

    xvi.            Dato’ Maharaja Lela/ Dato’ Sagor/ Pandal Lam/ Seputum/ Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung

   xvii.            Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor

 xviii.            Sultan Abdullah/Ngah Ibrahim/Syahbandar/Laksamana   dibuang negeri ke pulauSeychelles

    xix.            Perak telah dikuasai sepenuhnya oleh British

 

Jelaskan iktibar daripada perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang menentang penjajahan British.

 

         i.            Semangat setia negara yang tinggi

        ii.            Sanggup berkorban untuk bangsa

      iii.            Sifat bekerjasama

       iv.            Tolong-menolong antara pemimpin dengan pengikut

         v.            Sikap berdisiplin

       vi.            Gigih berusaha

     vii.            Perlu meningkatkan ilmu

   viii.            Perlu menggunakan senjata moden

 

KESATUAN MELAYU SINGAPURA

 

Nyatakan kejayaan  yang telah dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura

 

             i.        Kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British

           ii.        Memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu

         iii.        Mohammad Eunos Abdullah/pemimpin KMS menjadi wakil  KMS dalam pentadbiran British

          iv.        Mohammad Eunos Abdullah/pemimpin KMS  dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat.

 

PERSATUAN PENULIS

 

Nyatakan golongan masyarakat yang menganggotai Persatuan Sahabat Pena di Sabah

 

             i.        Peniaga kecil

           ii.        Pegawai rendah kerajaan

         iii.        Guru sekolah Melayu

 

KESATUAN MELAYU MUDA

 

Nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kesatuan Melayu Muda untuk mencapai matlamat politiknya

 

             i.        Bekerjasama dengan Jepun  untuk menghalau British dari   Tanah Melayu

           ii.        Menjadikan KMM sebagai sebuah badan propaganda Jepun

         iii.        Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti- British

          iv.        Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan

            v.        Cawangan KMM ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British

          vi.        Menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut

         vii.        Meminta Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia

       viii.        Berusaha ke arah menubuhkan Melayu Raya/Indonesia Raya

 

KONGRES MELAYU

 

Berikan dua isu yang dibincangkan dalam Kongres Melayu 1939 dan 1940

 

             i.        Soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan

           ii.        Soal kemunduran orang Melayu dalam ekonomi

         iii.        Layanan pilih kasih British kepada  anak negeri/orang Melayu

 

Mengapakah orang Melayu pada waktu itu perlu mewujudkan sebuah persatuan peringkat kebangsaan

 

             i.        Orang Melayu akan menjadi lebih kuat

           ii.        Suara orang Melayu akan didengar oleh pihak British

         iii.        Kepentingan orang Melayu dalam bidang ekonomi/sosial akan dapat dibela

          iv.        Semangat kenegerian akan dapat diatasi

            v.        Orang Melayu tidak akan mudah ditindas

          vi.        Mengukuhkan kuasa politik orang Melayu

         vii.        Kebajikan orang Melayu terjaga

       viii.        Mudah memupuk semangat kebangsaan

          ix.        Usaha awal ke arah mendapatkan kemerdekaan

 

 

Huraikan langkah-langkah yang dilakukan bagi mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.       

        

F1.     Penubuhan Jawatankuasa Hubungan  Antara Kaum

                         i.        Titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan  T.Melayu

                       ii.        Permulaan dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina

                     iii.        Kemudian dianggotai oleh kaum India/Sri Lanka/Serani/Eropah

 

F2.     Dato’ Onn Jaafar mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu

                           i.    Beliau dikecam hebat oleh masyarakat Melayu

                         ii.    Dato’ Onn Jaafar telah meninggalkan UMNO

 

F3.     Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP )

                           i.    Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti

                         ii.    IMP terbuka kepada semua kaum

                        iii.    IMP gagal mendapat sambutan daripada kaum CinaIndia dan kaum lain di Tanah Melayu

 

F4.     Penubuhan Persidangan Kebangsaan oleh Sir Malcom Macdonald

                           i.    Tujuan untuk mencapai kerjasama politik

                         ii.    Bagi mengurangkan perasaan perkauman

                        iii.    Penubuhan diisytiharkan di Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur

                         iv.    Dato’ Panglima Bukit Gantang menjadi pengerusi

 

F5.     Pembentukan Parti Perikatan

                     i.        Tunku Abdul Rahman/ UMNO menganjurkan konvensyen kebangsaan bersama-sama MCA

 

 

Nyatakan kejayaan yang telah dicapai oleh Parti Perikatan sehingga tercapainya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 

                  

             i.          Memenangi pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala  Lumpur

           ii.          Memenangi pilihanraya majlis perbandaran di beberapa bandar Utama

         iii.          Memenangi pilihanraya negeri

          iv.          Memenangi pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan

            v.          Tunku Abdul Rahman menjadi ketua menteri

          vi.          Parti Perikatan berjaya membentuk kabinet

         vii.          Membentuk kabinet terdiri daripada pelbagai kaum

       viii.          Mengadakan rundingan kemerdekaan di London

          ix.          Berjaya dalam rundingan kemerdekaan

            x.          British bersetuju memberi kemerdekaan kepada

          xi.          Persekutuan Tanah Melayu

        xii.          Tunku Abdul Rahman membuat perisytiharan tarikh

       xiii.          kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka

        xiv.          Memberi cadangan kepada Suruhanjaya Reid

         xv.          -   Memberi sumbangan kepada pembentukan   perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

        xvi.          Berjaya mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah pada 31 Ogos 1957

 

 

Jelaskan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan di bawah:

 

    Tun Abdul Razak

 

             i.          Timbalan Presiden UMNO

           ii.          Timbalan Perdana Menteri

         iii.          Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London

          iv.          Perunding dalam menyiapkan perlembagaan  kemerdekaan

            v.          Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956

          vi.          Perdana Menteri Malaysia Kedua

 

    Tun H.S. Lee

 

             i.          Tokoh MCA yang memulakan kerjasama antara kaum

           ii.          Mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan

         iii.          Bekerjasama dengan UMNO dan MIC

          iv.          bagi mendapatkan Kemerdekaan

            v.          Presiden MCA

          vi.          Penyokong Tunku Abdul Rahman

 


Jelaskan peranan Malaysia dalam menyelesaikan beberapa konflik dan masalah di peringkat antarabangsa.

 

             i.          Menentang dasar aparteid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia.

           ii.          Menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo

         iii.          Mewakili pasukan pendamai PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan

          iv.          Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq

            v.          Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia

          vi.          Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia

         vii.          Mengusulkan persidangan dadah antarabangsa

       viii.          Menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB

          ix.          TanSri Razali Ismail dilantik sebagai wakil khas PBB Untuk menyelesaikan konflik politik di Myanmar

            x.          Tegas mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin

          xi.          Deklarasi Kuala Lumpur telah mengeluarkan pernyataan bersama terhadap serangan Amerika syarikat ke atas Iraq

        xii.          Melalui OIC Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq

       xiii.          Menyokong rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripadaIsrael

        xiv.          Menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari Negara OIC yang belajar di UIAM

         xv.          Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara-negara Islam

        xvi.          Mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam perdagangan dan kegiatan ekonomi lain

      xvii.          Mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan

 

Jelaskan kesan pergantungan Negara-Negara Selatan kepada negara-negara maju.

 

             i.          Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah

           ii.          Masih tidak mempunyai kepakaran untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap

         iii.          Kekurangan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap

          iv.          Syarat perdagangan yang tidak adil

            v.          Kawalan terhadap harga bahan mentah

          vi.          Pengenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan

         vii.          Meningkatkan jurang perbezaan antara negara maju dan Negara-Negara Selatan

       viii.          Merendahkan taraf hidup

 

Nyatakan peranan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

                           

             i.          Mengeratkan hubungan sesama negara Islam

           ii.          Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam

         iii.          Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaaan antara negara Islam

          iv.          Memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati / tidak dicemari

            v.          Memberi bantuan kepada Negara-negara Islam yang menghadapi masalah

          vi.          Menghantar pasukan perubatan ke Lubnan / Bosnia / Afghanistan

         vii.          Bantuan dalam bentuk kewangan kepada Negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan / Nigeria / Chad

       viii.          Menubuhkan Bank Pembangunan Islam (BPI)

          ix.          Menyalurkan pinjaman kepada Malaysia melalui BPI

            x.          Bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota

          xi.          Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di UIAM

        xii.          Membantu Malaysia menubuhkan UIAM

       xiii.          Menjadi perantara bagi menyelesaikan peperangan Iran-Iraq

        xiv.          Menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanahair mereka daripada Israel