Perkataan | Maksud |
Adegan | Peristiwa/kejadian dalam karya yang mencetuskan konflik antara watak atau bahagian dalam drama |
Aforisma | Penyataan ringkas tetapi padat dengan kebenaran atau sikap |
Anafora | Pengulangan kata pada awal baris secara berurutan dalam rangkap |
Analogi | Perbandingan antara dua perkara atau benda yang mempunyai perbandingan |
Antagonis | Watak penentang watak utama |
Anti klimaks | Satu peristiwa atau adegan yang agak lemah dan mengecewakan daripada yang sebelumnya |
Antologi | Himpunan karya yang dihasilkan oleh sekumpulan penulis |
Apresiasi | Penghayatan (terhadap karya sastera) |
Asonansi | Pengulangan bunyi vokal |
Aliterasi | Pengulangan bunyi konsonan |
Bait | Rangkap; jumlah baris yang membentuk kesatuan yang padu |
Bentuk | Binaan puisi yang terdiri daripada pelbagai aspek |
Bidalan | Sejenis peribahasa yang mempunyai mesej yang jelas |
Bombastik | Satu kenyataan atau pengucapan yang mempunyai maksud berlebih-lebihan/tersirat |
Diksi | Pemilihan dan susunan perkataan yang tepat dan sesuai dengan perkara yang dinyatakan |
Eksposisi | Permulaan dalam perkembangan plot iaitu permulaan cerita |
Epifora | Pengulangan perkataan pada akhir baris puisi |
Epilog | Bahagian penutuo karya yang ditambah untuk membuat kesimpulan |
Epik | Cerita kepahlawanan |
Estetika | Keindahan dalam sesebuah karya sastera |
Fore shadow(imbas muka) | Telahan peristiwa akan datang , tanda atau alamat sesuatu kejadian |
Flash back (imbas belakang) | Menceritakan peristiwa silam, imbauan kisah lalu |
Fragmen | Bahagian |
| Stail pemilihan dan penggunaan kata yang memberi kesan |
Hiperbola | Penggunaan perkataan berlebih-lebihan ch: air mata darah |
Imej | Perkataan yang menimbulkan gambaran tertentu kepada pancaindera;biasanya unsure alam |
Inversi | Unsur bahasa ; ayat atau kata yang diterbalikkan |
Ironi | Bahasa terbalik;kata-kata yang membawa maksud terbalik untuk menyindir |
Katarsis | Pelepasan perasaan/kelegaan setelah mengalami kerisauan |
Kejutan | Satu adegan atau insiden yang berlaku di luar jangkaan |
Klimaks | Bahagian dalam karya yang menimbulkan tindak balas emosi terkuat pada pembaca; yang dinanti-nanti |
Konflik | Pertentangan |
Kronologi | Susunan peristiwa atau kejadian mengikut urutan masa |
Lambang/simbol | Penggunaan kata yang membawa maksud lain tetapi khusus |
Lagenda LATAR | Cerita tentang watak-watak yang terdiri daripada tokoh yang pernah wujud dan istimewa (kepahlawanan,kekuatan) ada kaitan dengan sejarah sesuatu tempat CITRA ATAU GAMBARAN TENTANG MASYARAKAT,MASA ATAU TEMPAT |
Metafora | Perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata seperti bak, umpama, seperti dan sebagainya |
Mitos | Cerita rakyat yang mengisahkan peristiwa luar biasa,dianggap keramat,cth:cerita dewa dewi,jin,mambang |
Monolog | Percakapan seorang diri atau sendirian.Segala perasaan dan fikiran dilahirkan sendiri melalui kata-kata yang diucapkan |
Melankolik | Nada yang menggambarkan suasana hati yang sedih,mendayu-dayu atau hiba.Sesuai untuk puisi yang mengemukakan persoalan penderitaan dan kehampaan |
Nada | |
Nada patriotik | Perjuangan dan cita-cita yang tinggi serta penuh keberanian.Kata-katanya lebih lantang,tegas,nekad |
Nada protes | Menggambarka suasana hati yang penuh pemberontakan dan penentangan. Biasanya mengemukakan persoalan ketidakadilan dan kekejaman yang menimbulkan kemarahan serta kebencian |
Nada romantik | Menggambarkan suasana hati yang tenang dan damai |
Nada sinis | Suasana hati yang kurang senang,tekanan suara agak rendah dan perlahantetapi mengandungi sindiran yang halus dan begitu tajam kesannya |
Oktaf | Rangkap-rangkap puisi yang terdiri daripada lapan baris |
Paradoks | Sejenis |
Pendekatan | Penilaian |
Pendekatan ekstrinsik | Pengkajian atau penelitian terhadap karya sastera dengan menggunakan ilmu-ilmu di luar bidang sastera atau bukan sastera |
Pendekatan intrinsik | Kajian teks secara dalaman. Keindahan pada bentuk atau struktur.memahami makna tersirat,kesan dan |
Persoalan | Idea atau isu-isu yang dikemukakan dalam sesebuah karya |
Personifikasi | Sejenis |
Perwatakan | Gambaran sifat dan watak melalui aksi,tutur kata,pemikiran dan juga pembincangan watak lain |
Plot | Rentetan peristiwa atau cerita berdasarkan hukum sebab dan akibat |
Prolog | Pengenalan atau pembukaan yang memulakan karya sastera,terutamanya drama dan prolog menjadi sebahagian daripada karya tersebut |
Prop | Peralatan digunakan dalam pementasan drama |
Protagonis | Watak utama sesuatu karya fiksyen |
Prosaik | Bahasa puisi yang mendekati bahasa prosa |
Quintain | Bentuk puisi yang yang setiap rangkapnya terdiri daripada |
Realisme | Penghasilan karya berasaskan kenyataan |
Rentak/ritma | Tekanan suara yang berganti-ganti kuat dan lemah dengan teratur |
Rima | Pengulangan bunyi yang sama dalam baris puisi atau pada akhir baris puisi |
Repitasi | Bunyi perkataan atau rangkaian kata yang diulang dalam bahagian-bahagian tertentu sesebuah sajakdan letak tempat pengulangan ini selalunya tidak tetap |
Satira | Karya sastera yang mengandungi nada sindiran ,ejekan dan cemuhan terhadap tingkah laku negatif manusia |
simile | |
Sinkof | Singkatan kata, cth: aku = ku,tidak= tak |
Sinopsis | Ringkasan keseluruhan isi sesebuah hasil sastera |
Sudut pandangan | Posisi pencerita dalam memberi penjelasan tentang peristiwa, atau watak yang diolah dalam penceritaannya |
Teknik | Cara penyampaian isi dalam sesuatu karya |
Tema | Pokok persoalan dalam sesebuah karya |
Terzina | Rangkap-rangkap puisi yang mempunyai tiga baris |
Unsur | Inti pati atau konsep yang menjadi dasar sesebuah karya |
Visual | Bentuk luaran puisi |
Watak | Pelaku-pelaku yang mengambil bahagian atau mempunyai peranan dalam sesebuah karya |
Watak bulat | Watak yang mengalami perkembangan sesuai dengan sifat-sifat manusia |
Watak pipih | Watak yang mempunyai sifat-sifat khas |
Watak dinamis | Watak yang mengalami perubahan dalam aspek pegangan hidupnya |
Watak statik | Watak yang tidak mengalami perubahan |
Watak tipikal | Watak yang mewakili masyarakat tempatan |
Watak penjarah | Watak jahat |
SIMPLOK | Pengulangan kata di tengah ayat |
Monday, October 20, 2008
GLOSARI SASTERA
Bahasa Melayu SPM
Soalan 4 : Novel [ 15 markah]
Sejarah SPM
TINGKATAN 4
LEMBAH SUNGAI SEBAGAI LOKASI PERTEMPATAN
Nyatakan dua faktor Lembah Sungai Nil menjadi lokasi petempatan awal
- kesuburan tanah untuk pertanian
- kemudahan mendapat bekalan air/makanan
- kemudahan pengangkutan/perhubungan
SISTEM PENDIDIKAN MESIR
Mengapakah sistem pendidikan Mesir turut menekankan penguasaan ilmu geometri, matematik dan sains ?
- Mengurus hal ehwal pertanian
- Mengawal air Sungai Nil
- Membina bangunan/pyramid
SUMBANGAN TAMADUN MESIR
Jelaskan dua sumbangan Imhotep kepada tamadun Mesir Purba.
- Saintis/ahli fizik/arkitek
- Penasihat Firaun
- Perkenalkan teknik pembinaan dari batu bata
- Pengamal perubatan
- Pengarang sastera
- Membina piramid
Pada pendapat anda, mengapakah piramid dianggap sebagai warisan penting tamadun Mesir?
- Gambaran pencapaian agung raja/firaun/bangsa
- Kehebatan senibina
- 7 benda ajaib dunia
- Ketinggian budaya/tamadun
- Penguasaan ilmu matematik/fizik/geometri/sains
KEPERCAYAAN HIDUP SELEPAS MATI ORANG MESIR
Apakah bukti yang menunjukkan masyarakat Mesir Purba percaya kepada kehidupan selepas mati.
i. mayat disimpan
ii. dijaga dengan teliti
iii. makam mayat dipenuhi peralatan/keperluan hidup selepas mati
iv. mayat diiring barang/kelengkapan harian ditanam bersamanya
BENTUK PEMERINTAHAN DI
Apakah bentuk pemerintahan yang diamalkan di
i. Oligarki
ii. Kuasa pemerintah di tangan beberapa konsol
iii. Aristokrasi
iv. Dari konsol lahir aristokrat
v. Memiliki kuasa yang besar
vi. Tirani
vii. Pemerintrah yang zalim
viii. Kuasa digunakan sewenang-wenang
ix. Diktator
x. Pemerintah berkuasa mutlak/tidak terhad
Nyatakan ciri-ciri demokrasi yang diperkenalkan di
i. Terdapat Dewan Perhimpunan
ii. Warganegara lelaki berpeluang menganggotai Dewan Perhimpunan
iii. Tempoh 6 bulan – 1 tahun
iv. Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali sebulan
v. Ahli Dewan Perhimpunan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar Kerajaan
vi. Keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis
vii. Ahli majlis,juri,megistret dilantik oleh Dewan
viii. Dewan berkuasa ke atas ketiga-tiganya
ix. Berbentuk penyertaan langsung
x. Warganegara lelaki terlibat dalam membentuk kerajaan melalui undian
Buktikan amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan di
i. Berasaskan kedaulatan rakyat
ii. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan
iii. Raja Melayu/ketua negara menjadi lambang taat setia rakyat
iv. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
v. Adanya pilihanraya
vi. Kewujudan parti-parti politik
vii. Semua rakyat lelaki/perempuan bebas memilih wakil melalui pilihanraya
viii. Rakyat berhak menyokong /mengekal/menukar kerajaan
ix. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil/sejahtera
x. Perlembagaan menjadi garis panduan
xi. Kebebasan asasi
xii. Wujud sistem Raja Berperlembagaan
xiii. Terdapat Dewan Rakyat dan Dewan Negara
TAMADUN ISLAM
Sungguhpun peperangan berlaku, namun Agama Islam tidak berkembang dengan paksaan malah perkembangannya adalah secara sukarela dan toleransi.
Nyatakan bukti-bukti untuk menyokong pernyataan di atas.
i. Walaupun pihak Islam menang, Nabi mengampunkan tawanan orang Quraisy
ii. Tawanan wanita/kanak-kanak dibebaskan
iii. Tawanan lelaki diberi syarat mengajar 10 kanak-kanak Islam membaca/menulis hingga pandai
iv. Tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati
v. Tentera Islam di larang merosakkan tanaman
vi. Selepas Perang Badar bilangan orang Arab memelok Islam semakin ramai
vii. Islam menganjurkan perdamaian seandainya musuh ingin berdamai
viii. Dakwah Islam dilakukan secara bijaksana melalui nasihat
ix. Perperangan antara orang Islam Madinah dan orang Arab Quraisy ialah untuk mempertahankan maruah agama/Negara
x. Orang Islam berperang apabila diserang musuh
xi. Supaya tempat ibadat terjaga dari unsur jahiliah
xii. Perang dalam Islam untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri
xiii. Nabi menghantar utusan ke Rom/ Timur/ Parsi/ Mesir/ Habshah/ Sekitar Tanah Arab
xiv. Nabi tidak memaksa
xv. Tunjukkan nilai-nilai baik/ diplomasi
xvi. Menyeru mereka memeluk Islam melalui warkah
Apakah faktor-faktor yang mendorong Nabi Muhammad s.a.w membuka
i. Tindakan orang Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiah
ii. Tidak hormat hak kebebasan yang telah dipersetujui
iii. Membunuh beberapa orang Bani Quzaah
iv. Strategi jangka panajang untuk meneruskan penyebaran Islam
v. Jika menguasai Mekah Kerajaan Islam Madinah menjadi mantap
vi. Pembesar Quraisy /Al Abbas/Abu Suffian mengambil keputusan memeluk Islam
vii. Semangat ketakwaan /keyakinan tentera Islam
Jelaskan kepentingan pembukaan semula
i. Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah
ii. Agama menyembah berhala masyarakat jahiliah dihapuskan
iii. Diganti dengan Islam
iv. Masyarakat Islam mula mendalam ilmu pengetahuan Islam
v. Kota Mekah menjadi
vi. Mekah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk beribadat
vii. Membuktikan Negara Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad begitu kukuh
viii. Pembuka jalan kearah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
ix. Dakwah Islam tersebar secara aman/sukarela/tanpa paksaan
x. Mewujudkan pusat pemerintahan yang kuat
IMIGRAN CINA DAN
Berikan tiga faktor yang menarik imigran dari
- Terdapat perusahaan getah / bijih timah
- Kemakmuran ekonomi
- Kestabilan politik
- Dasar penjajah British / galakan British
- faktor penolak dari Negara asal / kemiskinan / politik tidak
- stabil / bencana
- Tiada tentangan daripada orang Melayu
- Wujud hubungan tradisi alam
- Banyak peluang pekerjaan
Nyatakan aktiviti ekonomi imigran di bawah:
i. Perniagaan / perdagangan
ii. Pertanian / gambir / lada hitam
iii. Perlombongan
i. Penoreh getah / bekerja di ladang getah
ii. Buruh / sektor awam
SISTEM KONTRAK DAN KANGANI
Mengapakah sistem kontrak digantikan dengan sistem kangani?
i. Berlaku pemerasan
ii. Berlaku perhambaan
iii. Berlaku penindasan
CARA KEMASUKAN IMIGRAN
Berikan dua cara kemasukan buruh dari
i. Sistem tiket kredit
ii. Sistem pengambilan kakitangan
iii. Sistem pengambilan rumah kongsi
iv. Kemasukan secara berkumpulan
v. Tajaan oleh Charles Brooke
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK – KESAN
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk membentuk bangsa
i. Pendidikan bercorak kebangsaan / sekolah kebangsaan
ii. Penggunaan bahasa kebangsaan
iii. Melibatkan semua kaum dalam semua bidang ekonomi
iv. Pengagihan sumber ekonomi secara adil
v. Penempatan semula penduduk
vi. Pendidikan tentang pentingnya perpaduan kaum
TINGKATAN
NASIONALISME DI
Huraikan sebab-sebab penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan
F1. Disebabkan oleh dasar penaklukan British
i. Dasar yang bertujuan mengukuhkan kedudukan politik British
ii.
F2. Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
i. British berhasrat untuk menguasai ekonomi tempatan
ii. Melalui perjanjian dengan pemimpin tempatan
iii. Saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan
iv. Menjalankan perlombongan/perdagangan
F3. British memaksakan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan
i. British telah memperkenalkan sistem cukai/undang Undang/peraturan tanah.
ii. Di Terengganu, British telah menetapkan bahawa setiap Tanah yang hendak dibuka perlu keizinan British
F4. Campur tangan British dalam Adat Resam Tempatan
i. British memaksa menerima nilai-nilai British
ii. Yang bertentangan dengan budaya masyarakat
iii. tempatan
iv. J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu/ amalan menggunakan Orang suruhan
F5. Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
i. Terhadap kawasan / anak buah
ii. Pemimpin tempatan tidak puas hati
iii. Kesulitan penduduk tempatan
iv. Akibat perlaksanaan undang-undang British
v. Mereka menyokong pemimpin-pemimpin tempatan
Galurkan rentetan peristiwa penentangan orang-orang Melayu di Perak terhadapBritish.
i. Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah/Dato’ Maharaja Lela/pembesar Melayu terhadap campur tangan British
ii. Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak
iii. Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan Pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang
iv. Sultan Abdullah bermesyuarat dengan Dato’ Maharaja Lela dan pembesar lain di Belanja
v. Dato’ Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggung jawab membunuh J.W.W.Birch
vi. Dato’ Maharaja Lela melakukan penentangan terhadap British
vii. Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British
viii. Mat Arshad, orang suruhan British telah dibunuh oleh penduduk tempatan
ix. Pembunuhan J.W.W.Birch olehSeputum,Pandak Lam
x. Pembunuhan diarah oleh Dato’ Maharaja Lela
xi. Pihak British dengan 500 orang tebtera menyerang Pasir Salak
xii. Dato’ Maharaja Lela dan Dato sagor melarikan diri ke Kota Lama
xiii. Perbicaraan diadakan di Matang, Perak
xiv. hakimnya ialah Raja Idris
xv. Penasihat perbicaraan ialah Frank Swetteham
xvi. Dato’ Maharaja Lela/ Dato’ Sagor/ Pandal Lam/ Seputum/ Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung
xvii. Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor
xviii. Sultan Abdullah/Ngah Ibrahim/Syahbandar/Laksamana dibuang negeri ke pulau
xix. Perak telah dikuasai sepenuhnya oleh British
Jelaskan iktibar daripada perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang menentang penjajahan British.
i. Semangat setia negara yang tinggi
ii. Sanggup berkorban untuk bangsa
iii. Sifat bekerjasama
iv. Tolong-menolong antara pemimpin dengan pengikut
v. Sikap berdisiplin
vi. Gigih berusaha
vii. Perlu meningkatkan ilmu
viii. Perlu menggunakan senjata moden
KESATUAN MELAYU SINGAPURA
Nyatakan kejayaan yang telah dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura
i. Kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British
ii. Memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu
iii. Mohammad Eunos Abdullah/pemimpin KMS menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
iv. Mohammad Eunos Abdullah/pemimpin KMS dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat.
PERSATUAN PENULIS
Nyatakan golongan masyarakat yang menganggotai Persatuan Sahabat Pena di Sabah
i. Peniaga kecil
ii. Pegawai rendah kerajaan
iii. Guru sekolah Melayu
KESATUAN MELAYU MUDA
Nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kesatuan Melayu Muda untuk mencapai matlamat politiknya
i. Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
ii. Menjadikan KMM sebagai sebuah badan propaganda Jepun
iii. Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti- British
iv. Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan
v. Cawangan KMM ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British
vi. Menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut
vii. Meminta Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama
viii. Berusaha ke arah menubuhkan Melayu Raya/Indonesia Raya
KONGRES MELAYU
Berikan dua isu yang dibincangkan dalam Kongres Melayu 1939 dan 1940
i. Soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan
ii. Soal kemunduran orang Melayu dalam ekonomi
iii. Layanan pilih kasih British kepada anak negeri/orang Melayu
Mengapakah orang Melayu pada waktu itu perlu mewujudkan sebuah persatuan peringkat kebangsaan
i. Orang Melayu akan menjadi lebih kuat
ii. Suara orang Melayu akan didengar oleh pihak British
iii. Kepentingan orang Melayu dalam bidang ekonomi/sosial akan dapat dibela
iv. Semangat kenegerian akan dapat diatasi
v. Orang Melayu tidak akan mudah ditindas
vi. Mengukuhkan kuasa politik orang Melayu
vii. Kebajikan orang Melayu terjaga
viii. Mudah memupuk semangat kebangsaan
ix. Usaha awal ke arah mendapatkan kemerdekaan
Huraikan langkah-langkah yang dilakukan bagi mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
F1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
i. Titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan T.Melayu
ii. Permulaan dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina
iii. Kemudian dianggotai oleh kaum India/Sri Lanka/Serani/Eropah
F2. Dato’ Onn Jaafar mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
i. Beliau dikecam hebat oleh masyarakat Melayu
ii. Dato’ Onn Jaafar telah meninggalkan UMNO
F3. Penubuhan Parti Kemerdekaan
i. Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti
ii. IMP terbuka kepada semua kaum
iii. IMP gagal mendapat sambutan daripada kaum
F4. Penubuhan Persidangan Kebangsaan oleh Sir Malcom Macdonald
i. Tujuan untuk mencapai kerjasama politik
ii. Bagi mengurangkan perasaan perkauman
iii. Penubuhan diisytiharkan di Dewan Bandaraya,
iv. Dato’ Panglima Bukit Gantang menjadi pengerusi
F5. Pembentukan Parti Perikatan
i. Tunku Abdul Rahman/ UMNO menganjurkan konvensyen kebangsaan bersama-sama MCA
Nyatakan kejayaan yang telah dicapai oleh Parti Perikatan sehingga tercapainya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
i. Memenangi pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
ii. Memenangi pilihanraya majlis perbandaran di beberapa bandar Utama
iii. Memenangi pilihanraya negeri
iv. Memenangi pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan
v. Tunku Abdul Rahman menjadi ketua menteri
vi. Parti Perikatan berjaya membentuk kabinet
vii. Membentuk kabinet terdiri daripada pelbagai kaum
viii. Mengadakan rundingan kemerdekaan di
ix. Berjaya dalam rundingan kemerdekaan
x. British bersetuju memberi kemerdekaan kepada
xi. Persekutuan Tanah Melayu
xii. Tunku Abdul Rahman membuat perisytiharan tarikh
xiii. kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka
xiv. Memberi cadangan kepada Suruhanjaya Reid
xv. - Memberi sumbangan kepada pembentukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
xvi. Berjaya mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah pada 31 Ogos 1957
Jelaskan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan di bawah:
Tun Abdul Razak
i. Timbalan Presiden UMNO
ii. Timbalan Perdana Menteri
iii. Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di
iv. Perunding dalam menyiapkan perlembagaan kemerdekaan
v. Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
vi. Perdana Menteri
Tun H.S. Lee
i. Tokoh MCA yang memulakan kerjasama antara kaum
ii. Mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan
iii. Bekerjasama dengan UMNO dan MIC
iv. bagi mendapatkan Kemerdekaan
v. Presiden MCA
vi. Penyokong Tunku Abdul Rahman
Jelaskan peranan
i. Menentang dasar aparteid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia.
ii. Menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo
iii. Mewakili pasukan pendamai PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan
iv. Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq
v. Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
vi. Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia
vii. Mengusulkan persidangan dadah antarabangsa
viii. Menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB
ix. TanSri Razali Ismail dilantik sebagai wakil khas PBB Untuk menyelesaikan konflik politik di Myanmar
x. Tegas mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin
xi. Deklarasi Kuala Lumpur telah mengeluarkan pernyataan bersama terhadap serangan Amerika syarikat ke atas Iraq
xii. Melalui OIC Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
xiii. Menyokong rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada
xiv. Menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari Negara OIC yang belajar di UIAM
xv. Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara-negara Islam
xvi. Mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam perdagangan dan kegiatan ekonomi lain
xvii. Mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan
Jelaskan kesan pergantungan Negara-Negara Selatan kepada negara-negara maju.
i. Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
ii. Masih tidak mempunyai kepakaran untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap
iii. Kekurangan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap
iv. Syarat perdagangan yang tidak adil
v. Kawalan terhadap harga bahan mentah
vi. Pengenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan
vii. Meningkatkan jurang perbezaan antara negara maju dan Negara-Negara Selatan
viii. Merendahkan taraf hidup
Nyatakan peranan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
i. Mengeratkan hubungan sesama negara Islam
ii. Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
iii. Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaaan antara negara Islam
iv. Memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati / tidak dicemari
v. Memberi bantuan kepada Negara-negara Islam yang menghadapi masalah
vi. Menghantar pasukan perubatan ke Lubnan /
vii. Bantuan dalam bentuk kewangan kepada Negara-negara Islam yang kurang maju seperti
viii. Menubuhkan Bank Pembangunan Islam (BPI)
ix. Menyalurkan pinjaman kepada
x. Bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota
xi. Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di UIAM
xii. Membantu
xiii. Menjadi perantara bagi menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
xiv. Menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanahair mereka daripada